1. Berkhidmat tidak kurang dari 1 tahun
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum
3. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Khusus
4. Lulus Temuduga Tapisan Keselamatan
5. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam (kertas yang perlu diduduki bergantung kepada skim jawatan pegawai terbabit)
Peperiksaan Undang-undang Kerajaan(Kod 5102A) merupakan salah satu daripada Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan peperiksaan ini perlu diambil dan lulus oleh Pegawai Teknologi Maklumat (F41)/Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) sebelum dapat disahkan jawatan. Peperiksaan ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:
1. Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran
2. Arahan Perbendaharaan
3. Tatacara Pengurusan Stor
4. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan
5. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan
6. Arahan Perkhidmatan
7. Arahan Keselamatan
8. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Antara tips bagi menghadapi peperiksaan undang-undang ini adalah:
1. Fahami isi kandungan buku-buku rujukan peperiksaan yang digunakan. Sila pastikan anda faham dengan topik yang dibincangkan supaya anda mengetahui sesuatu soalan itu bertanyakan berkaitan topik apa. Contohnya, jika soalan berkaitan dengan kadar bayaran wad, pastikan anda tahu di mana rujukan berkenaan bayaran wad di dalam buku rujukan anda.
2. Pastikan tulisan anda kemas dan boleh/mudah dibaca.
3. Buatkan tag pada buku-buku rujukan yang digunakan supa anda dapat menjimatkan masa mencari topik yang hendak dirujuk

4. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan dari 14 soalan subjektif yang terbahagi kepada 2 seksyen dalam masa 3 jam.
5. Semak kesemua soalan secara sepintas lalu, cari dan tandakan jawapan di dalam buku rujukan anda. Kemudian pilih dan jawab soalan yang senang/pendek dahulu.
6. Masukkan rujukan anda di dalam jawapan/catatan.Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu.
7. Masa yang diperuntukkan adalah terhad, uruskan masa anda sebaik-baiknya. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:
8. Pastikan anda membawa buku rujukan anda!! Jangan tinggalkan 1 pun di rumah/kereta ataupun di pejabat.
Itu sahaja peringatan kepada bakal-bakal kakitangan yang akan menjawab soalan-soalan peperiksaan undang-undang kerajaan. Ok, Sudah tiba masa untuk tidur (Kerana tips seterusnya adalah: pastikan anda cukup tidur, tenang dan bersedia. Usah gabra kerana, This exam is to keep you in, not to kick you out). Jangan malas!!

Selamat Maju Jaya!!!!
*Calon-calon adalah dibenarkan merujuk buku, itu yang penting!!
p/s : kalau nak sample halo2...
0 comments:
Post a Comment