
Berikut adalah slip keputusan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang telah aku harungi dalam bulan 10/2011 ari tu.
Syukur Alhamdulillah!. Aku LULUS peperiksaan undang-undang kerajaan yang pada aku mencabar gak la dengan skali ambik je. Bila aku pikir-pikir balik, rasa hampir jem jari-jemariku semasa menjawab soalan esei peperiksaan ini.. Maklumlah, setelah sekian lama tidak menulis dan jari-jemari sudah lali dengan tekan keyboard setiap hari. Memang aku bersyukur sangat-sangat. Apa la nasib kawan-kawan aku yang ambil exam sama n aku. Tak lupa juga jiran-jiran masa exam ari tu, kalau tak silap dak2 dari JKR bangsar. Lulus ke tak ek diaorg?? tak tau cite ape pun pas exam. ada ambil no fon tp dah hilang pulak. Terima Kasih banyak-banyak kepada Allah, mak dan abah yang sentiasa doakan kejayaan tok aku, my sis sarina,nadia,ucha yang banyak jadi tulang belakang dalam mendapatkan buku undang-undang dan tidak lupa sahabat-sahabat yang buat study group before exam (fadli and naim).. serta semua yang mendoakan kejayaan aku samaada secara langsung maupun tak langsung dalam hal ini.
Selangkah je lagi untuk membolehkan aku sah jawatan secepat mungkin. Exam dah lulus, induksi khusus n umum dah pegi, exam induksi pun dah lulus. Hanya menunggu surat tawaran pengesahan jawatan je. Doakan aku lepas semuanya dengan mudah ye.. ^_^.
Kepada sesiapa yang masih belum jadi sahabat yashaifulyayah.blogspot.com tu , korang boleh join aku bila-bila masa je.
Tu je dari aku untuk korang semua. Sekian Wasalam.
0 comments:
Post a Comment