Syukur Alhamdulillah, 10 - 12 dis 2011 yang lepas banyak meninggalkan kenangan bercuti ke Singapura. Hari jumaat bergerak dari Kuala Lumpur, Sabtu kami ke Singapore Zoo / Shopping dan Ahadnya kami keUniversal Studio Singapore (USS). Sebelum pergi tu memang aku banyak membaca reviewtentang USS di blog-blog lain. Setiap dari mereka mempunyai cerita mereka tersendiri. Jadinyaaku pun teringin nak abadikan USS dalam versiku pula. Bila aku dapat info yang baik dari blogorang lain, rasanya bagus juga untuk aku berkongsi info dengan orang lain pula. Tak gitu, "sharing is caring" :D


Singapore Zoo
Harga tiket. Hu..hu.. ok la.. kami dpt package murah masa ke Zoo dan USS, tapi yang penting harga tu memang berbaloi. Tips : Jangan convert dalam RM yer harga tiket yang dalam SGD tu. Nanti rasa macam taknak masuk pula he..he.. Kalau takde tiket boleh beli kat ares pintu masuk. Itupun nasib-nasib. Kadang-kadang tiket sold out. Jadi kalau nak selamat beli tiket online atau minta agen tolong belikan. Mudah dan selamat. Murah tu tidaklah. Sama aje harganya.



Universal Studio Singapore (USS)
Yeahhhhh... Trademark USS. Tempat wajib bergambar sebagai bahan bukti dah sampai ke USS. Globe tu berpusing-pusing. So, kenalah tunggulah tulisan tu sampai kat atas kepala baru snap.. he..he.. Terima kasih kepada Abg Sham, walau pun hari hujan beliau tetap menjadi official photographer masa kt singapore. memang Terbaek la... :D
Karektor Universal Studio Singapore (USS)
Masuk-masuk aje muka memang rasa nak senyum. He..he.. untuk akulah yang nak sangat ke USS ni. Memang banyak karektor kartun di sepanjang jalan. Boleh bergambar dengan mereka kalau nak. Tapi kena beratur. Nanti staff USS akan tolong snapkan gambar. Tapi ada hadnya. Iyelah dia orang kan pakai costume. Jadi tentulah tak boleh lama-lama. Panas tu. Jadinya kalau tak sempat, jangan risau. Nanti-nanti boleh ambil juga. Karektor-karektor lain pun banyak. Sebab banyak kali juga boleh jumpa dengan karektor-karektor tu. Bila dah petang, mereka sendiri yang datang dekat dengan kita. Jadi bolehlah ambil gambar banyak-banyak.
So disini ada sedikit buah mata.. hehe tok koleksi aku untuk perkongsian dengan korang semua.The best of Transformers USS.. memang terbaek la ..
Just 4 you..
p/s : sapa yang tak masuk rugi ooo.. sangat meriah.. :D
0 comments:
Post a Comment