Thursday, December 8, 2011

xtvt Percutian Ke Singapura

Syukur alhamdulilah, minggu ni 10-12 dis 2011, kalau tak ada arah melintang, aku akan berpeluang untuk bercuti ke seberang tambak, apalagi kalau bukan Singapura. Sebenarnya telah lama hajat nak mengunjungi negara moden ini tapi tertangguh disebabkan kesibukan kerja. Dapat tengok dari JB jerk. Kebetulan ada pulak "Sis" ajak pegi, mula-mula pikir gak nak pegi ke tak, sebab tak tau apa tujuan untuk ke sana. Jadi periksa duit, pasport dan lain-lain bagi memastikan aku boleh ke sana. ~HaHaHaHa~ Bukan apa kalau nak pegi sana tapi tak ada duit secukupnya, baik tak payah pergi. bak kata pepatah "kalau ada wang semua leh jadi".

Nak di jadikan cerita, tetiba niat nak pegi pulak. Duit cukup, pasport maintain hidup lagi dan tanpa segan silu roger la "sis" dan cakap nak ikottt!!! ~HaHaHaHa~

Bagi memastikan semua berjalan dengan lancar, Aku dah siap-siap plan dah, ape nak buat.. sebab aku tau, 3 hari tak cukup untuk aku betul-betul enjoy apa yang ada kat Singapore ni. Macam aku cakap tadi.. misi trip aku ke Singapore ni merupakan misi shopping barang hantaran kahwin sempena sale kat sana. (Tah ye tah idak bli brgnye) Kat mana lagi lokasi untuk shopping kat sana kalau bukan Orchard Road!!!! Cuci mata tengok barang sambil berikat perut selepas balik ke malaysia.. ~HaHaHaHa~

Hari kedua, ke Universal Studios Singapura yang terletak di Sentosa Island. Taman tema ni memang tujuan utama kitorang sampai bercuti ke Singapura ni. Tiket dah beli online melalui Groupon Malaysia. Untuk pengetahuan korang tiket ke USS ni cepat sold out. Pembelian melalui online adalah sangat digalakkan.

Hari ketiga mungkin kitaorang lepak jaybee. pusing2 kat town. uhuhuh..

So klu ada yang terbaru, aku akan kemaskini. nanti kan okeh. doakan aku selamat pergi dan balik. enjoy2 tapi jangan sampai lupa diri sudeh. bye..bye..

0 comments: