Tuesday, January 10, 2012

Duit Baru Malaysia 2012

Cantik jugak warna dia , Duit RM20 dah ada balik. yeah!!! 

TERBARU Pengeluaran Duit Syiling Peringatan untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baru Malaysia


Gambar dari BERNAMA
Duit baru beserta model :D (Ehsan dari bernama)
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Di bawah ada beberapa keping lagi gambar duit baru Malaysia:-

Gambar dari BERNAMA
Ehsan dari Bernama

ni duit syiling pulak.. apa macam cun tak. (Ehsan dari Bernama)
gambar wang duit kertas malaysia 2012 baru rm 50 20 10 100 5 1
Ehsan dari Bernama lagi

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia. 

** Hanya untuk informasi kini aje .. 

Sunday, January 8, 2012

Cuti-cuti cinta ke Kota Singapura

Syukur Alhamdulillah, 10 - 12 dis 2011 yang lepas banyak meninggalkan kenangan bercuti ke Singapura. Hari jumaat bergerak dari Kuala Lumpur, Sabtu kami ke Singapore Zoo / Shopping dan Ahadnya kami keUniversal Studio Singapore (USS). Sebelum pergi tu memang aku banyak membaca reviewtentang USS di blog-blog lain. Setiap dari mereka mempunyai cerita mereka tersendiri. Jadinyaaku pun teringin nak abadikan USS dalam versiku pula. Bila aku dapat info yang baik dari blogorang lain, rasanya bagus juga untuk aku berkongsi info dengan orang lain pula. Tak gitu, "sharing is caring" :D


Singapore Zoo

Harga tiket. Hu..hu.. ok la.. kami dpt package murah masa ke Zoo dan USS, tapi yang penting harga tu memang berbaloi. Tips : Jangan convert dalam RM yer harga tiket yang dalam SGD tu. Nanti rasa macam taknak masuk pula he..he.. Kalau takde tiket boleh beli kat ares pintu masuk. Itupun nasib-nasib. Kadang-kadang tiket sold out. Jadi kalau nak selamat beli tiket online atau minta agen tolong belikan. Mudah dan selamat. Murah tu tidaklah. Sama aje harganya.


Universal Studio Singapore (USS)

Yeahhhhh... Trademark USS. Tempat wajib bergambar sebagai bahan bukti dah sampai ke USS. Globe tu berpusing-pusing. So, kenalah tunggulah tulisan tu sampai kat atas kepala baru snap.. he..he.. Terima kasih kepada Abg Sham, walau pun hari hujan beliau tetap menjadi official photographer masa kt singapore. memang Terbaek la... :D


Karektor Universal Studio Singapore (USS)

Masuk-masuk aje muka memang rasa nak senyum. He..he.. untuk akulah yang nak sangat ke USS ni. Memang banyak karektor kartun di sepanjang jalan. Boleh bergambar dengan mereka kalau nak. Tapi kena beratur. Nanti staff USS akan tolong snapkan gambar. Tapi ada hadnya. Iyelah dia orang kan pakai costume. Jadi tentulah tak boleh lama-lama. Panas tu. Jadinya kalau tak sempat, jangan risau. Nanti-nanti boleh ambil juga. Karektor-karektor lain pun banyak. Sebab banyak kali juga boleh jumpa dengan karektor-karektor tu. Bila dah petang, mereka sendiri yang datang dekat dengan kita. Jadi bolehlah ambil gambar banyak-banyak.


So disini ada sedikit buah mata.. hehe tok koleksi aku untuk perkongsian dengan korang semua.

The best of Transformers USS.. memang terbaek la ..

Just 4 you..

p/s : sapa yang tak masuk rugi ooo.. sangat meriah.. :D

Wednesday, January 4, 2012

Keputusan JPA : Lulus Exam Undang-Undang Kerajaan



Berikut adalah slip keputusan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang telah aku harungi dalam bulan 10/2011 ari tu.

Syukur Alhamdulillah!. Aku LULUS peperiksaan undang-undang kerajaan yang pada aku mencabar gak la dengan skali ambik je. Bila aku pikir-pikir balik, rasa hampir jem jari-jemariku semasa menjawab soalan esei peperiksaan ini.. Maklumlah, setelah sekian lama tidak menulis dan jari-jemari sudah lali dengan tekan keyboard setiap hari. Memang aku bersyukur sangat-sangat. Apa la nasib kawan-kawan aku yang ambil exam sama n aku. Tak lupa juga jiran-jiran masa exam ari tu, kalau tak silap dak2 dari JKR bangsar. Lulus ke tak ek diaorg?? tak tau cite ape pun pas exam. ada ambil no fon tp dah hilang pulak. Terima Kasih banyak-banyak kepada Allah, mak dan abah yang sentiasa doakan kejayaan tok aku, my sis sarina,nadia,ucha yang banyak jadi tulang belakang dalam mendapatkan buku undang-undang dan tidak lupa sahabat-sahabat yang buat study group before exam (fadli and naim).. serta semua yang mendoakan kejayaan aku samaada secara langsung maupun tak langsung dalam hal ini.

Selangkah je lagi untuk membolehkan aku sah jawatan secepat mungkin. Exam dah lulus, induksi khusus n umum dah pegi, exam induksi pun dah lulus. Hanya menunggu surat tawaran pengesahan jawatan je. Doakan aku lepas semuanya dengan mudah ye.. ^_^.

Kepada sesiapa yang masih belum jadi sahabat yashaifulyayah.blogspot.com tu , korang boleh join aku bila-bila masa je.

Tu je dari aku untuk korang semua. Sekian Wasalam.

Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan Bagi Pegawai Teknologi Maklumat/Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 5102A

Bagi penjawat awam yang baru dilantik dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun. Beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum Mereka dapat disahkan dalam jawatan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

1. Berkhidmat tidak kurang dari 1 tahun
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Umum
3. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi Khusus
4. Lulus Temuduga Tapisan Keselamatan
5. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam (kertas yang perlu diduduki bergantung kepada skim jawatan pegawai terbabit)

Peperiksaan Undang-undang Kerajaan(Kod 5102A) merupakan salah satu daripada Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan peperiksaan ini perlu diambil dan lulus oleh Pegawai Teknologi Maklumat (F41)/Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) sebelum dapat disahkan jawatan. Peperiksaan ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:

1. Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran
2. Arahan Perbendaharaan
3. Tatacara Pengurusan Stor
4. Pekeliling Perkhidmatan/Surat Pekeliling Perkhidmatan
5. Pekeliling Perbendaharaan/Surat Pekeliling Perbendaharaan
6. Arahan Perkhidmatan
7. Arahan Keselamatan
8. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Antara tips bagi menghadapi peperiksaan undang-undang ini adalah:

1. Fahami isi kandungan buku-buku rujukan peperiksaan yang digunakan. Sila pastikan anda faham dengan topik yang dibincangkan supaya anda mengetahui sesuatu soalan itu bertanyakan berkaitan topik apa. Contohnya, jika soalan berkaitan dengan kadar bayaran wad, pastikan anda tahu di mana rujukan berkenaan bayaran wad di dalam buku rujukan anda.

2. Pastikan tulisan anda kemas dan boleh/mudah dibaca.

3. Buatkan tag pada buku-buku rujukan yang digunakan supa anda dapat menjimatkan masa mencari topik yang hendak dirujuk

4. Jika anda jarang menulis pastikan anda mula berlatih menulis untuk mengelakkan kesukaran sewaktu menjawab soalan nanti kerana anda diwajibkan menjawab 10 soalan dari 14 soalan subjektif yang terbahagi kepada 2 seksyen dalam masa 3 jam.

5. Semak kesemua soalan secara sepintas lalu, cari dan tandakan jawapan di dalam buku rujukan anda. Kemudian pilih dan jawab soalan yang senang/pendek dahulu.

6. Masukkan rujukan anda di dalam jawapan/catatan.Kaedah yang agak popular dikalangan calon-calon sebelum ini adalah membuat tagging pada bab-bab yang terkandung di dalam buku undang-undang tersebut. Anda boleh cuba kaedah ini jika dapat membantu.

7. Masa yang diperuntukkan adalah terhad, uruskan masa anda sebaik-baiknya. Apabila hendak menjawab mana-mana soalan, sentiasa pastikan anda mulakan jawapan dengan merujuk kepada bab-bab yang berkaitan contohnya:

Mengikut Arahan Pentadbiran Bab C edisi 2011 mukasurat 15 perenggan 2(b) menyatakan bahawa……


8. Pastikan anda membawa buku rujukan anda!! Jangan tinggalkan 1 pun di rumah/kereta ataupun di pejabat.

Itu sahaja peringatan kepada bakal-bakal kakitangan yang akan menjawab soalan-soalan peperiksaan undang-undang kerajaan. Ok, Sudah tiba masa untuk tidur (Kerana tips seterusnya adalah: pastikan anda cukup tidur, tenang dan bersedia. Usah gabra kerana, This exam is to keep you in, not to kick you out). Jangan malas!!



Selamat Maju Jaya!!!!

*Calon-calon adalah dibenarkan merujuk buku, itu yang penting!!

p/s : kalau nak sample halo2...

Thursday, December 8, 2011

xtvt Percutian Ke Singapura

Syukur alhamdulilah, minggu ni 10-12 dis 2011, kalau tak ada arah melintang, aku akan berpeluang untuk bercuti ke seberang tambak, apalagi kalau bukan Singapura. Sebenarnya telah lama hajat nak mengunjungi negara moden ini tapi tertangguh disebabkan kesibukan kerja. Dapat tengok dari JB jerk. Kebetulan ada pulak "Sis" ajak pegi, mula-mula pikir gak nak pegi ke tak, sebab tak tau apa tujuan untuk ke sana. Jadi periksa duit, pasport dan lain-lain bagi memastikan aku boleh ke sana. ~HaHaHaHa~ Bukan apa kalau nak pegi sana tapi tak ada duit secukupnya, baik tak payah pergi. bak kata pepatah "kalau ada wang semua leh jadi".

Nak di jadikan cerita, tetiba niat nak pegi pulak. Duit cukup, pasport maintain hidup lagi dan tanpa segan silu roger la "sis" dan cakap nak ikottt!!! ~HaHaHaHa~

Bagi memastikan semua berjalan dengan lancar, Aku dah siap-siap plan dah, ape nak buat.. sebab aku tau, 3 hari tak cukup untuk aku betul-betul enjoy apa yang ada kat Singapore ni. Macam aku cakap tadi.. misi trip aku ke Singapore ni merupakan misi shopping barang hantaran kahwin sempena sale kat sana. (Tah ye tah idak bli brgnye) Kat mana lagi lokasi untuk shopping kat sana kalau bukan Orchard Road!!!! Cuci mata tengok barang sambil berikat perut selepas balik ke malaysia.. ~HaHaHaHa~

Hari kedua, ke Universal Studios Singapura yang terletak di Sentosa Island. Taman tema ni memang tujuan utama kitorang sampai bercuti ke Singapura ni. Tiket dah beli online melalui Groupon Malaysia. Untuk pengetahuan korang tiket ke USS ni cepat sold out. Pembelian melalui online adalah sangat digalakkan.

Hari ketiga mungkin kitaorang lepak jaybee. pusing2 kat town. uhuhuh..

So klu ada yang terbaru, aku akan kemaskini. nanti kan okeh. doakan aku selamat pergi dan balik. enjoy2 tapi jangan sampai lupa diri sudeh. bye..bye..

Tuesday, December 6, 2011

Ada apa dengan cinta???

Ada apa dengan cinta...... ada cinta??

Makin kau kejar, makin ia menghindar tapi bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.Cinta bisa membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti. Tapi cinta itu istimewa, hanya apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerimanya....... jadi....tenang tenang saja jangan terburu-buru hingga kau bisa memilih yang terbaik .

untuk korang yang ......RAGU - RAGU DENGAN PERNIKAHAN cinta bukanlah PERKARA menjadi "ORANG SEMPURNA"nya seseorang. justeru PERKARA menemukan seseorang yang boleh membantumu menjadikan dirimu sempurna.

untuk korang yang....... PLAYBOY / PLAYGIRL .Jangan katakan "AKU cinta PADAMU" bila kau tidak benar-benar peduli padanya. Jangan bicarakan soal perasaan -perasaan itu, bila betul-betul tidak ada perasaan terhadapnya. Jangan pergi sentuh hidup seseorang bila ada berniat/unsur2 mematahkan hatinya. Jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kau katakan cuma DUSTA BELAKA!. Hal tyang biasa dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, padahal tidak ada niat untuk menerimanya dan hanya "JUST FOR FUN!"

Untuk korang yang ......... SUDAH MENIKAH . Kalau cinta jangan katakan, "INI SALAHMU !" tapi, ?Maafkan aku ya?? Bukan " KAU DIMANA?! " melainkan "AKU DISINI,KENAPA?" Bukan "SAMPAI HATI AWK JADI MACAM NI YER! ?" tapi, "AKU MENGERTI " Dan bukan "CUBA, SEANDAINYA KAMU.... " akan tetapi, "TERIMA KASIH YA, SAYA MENDOAKAN AWK...."

Untuk korang yang...... PATAH HATI Sakit kerana kecewa usah biarkan hidup anda diselubungi dengan masalah sedemikian. Minta lah pertolongan dari ALLAH, tp jangan la ketika susah baru nak ingat ALLAH. Justeru itu, pastikan kejadian ini x berulang dan jadikan ini sebagai PELAJARAN! supaya "pisang tak berbuah 2 kali"

Untuk korang yang............. BELUM PERNAH JATUH cinta Bagaimana kalau jatuh cinta?? Mau jatuh,jatuhlah tapi jangan sampai terjerumus, tetaplah konsisten serta jangan terlalu "MENDESAK" pandai-pandai lah bahagikan masa.Siap - siaplah untuk terluka dan menderita, tapi kalau boleh elakan dan jangan la mintak benda yang tak elok kan.. hehe..

Untuk korang yang ........ INGIN MENGUASAI DIRINYA.Hatimu patah melihat orang yang dicintai berbahagia dengan orang lain, dan macam lagu "PELAMIN ANGANKU MUSNAH" tapi seharusnya akan lebih sakit dan pedih bila mengetahui bahwa orang yang dicintai ternyata tidak bahagia bersamamu.. lagi jadi kes "naya"~

Untuk korang yang........... TAKUT MENGAKUI cinta menyakitkan bila kamu putuskan hubungan dengan seseorang. malah lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tapi cinta paling menyakitkan bila orang yang kamu cintai sama sekali tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.. Jangan bertepuk sebelah tangan sudeh~

Untuk korang yang.......... MASIH BERTAHAN MENCINTAI SESEORANG YANG SUDAH PERGI. Cinta yang sejati susah nak dicari. Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta,hanya kemudian pada akhirnya kamu menyadari bahwa dia bukanlah jodohmu/meninggalkan kamu lebih awal. Dan kau telah mengsia-siakan bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak/hidupnya berakhir dalam masa yang awal. Kalau sekarang pun ia sudah tak layak, maka 10 tahun dari sekarang pun ia juga tak akan layak. maka biarkan ia pergi dan lupakan......... doakan saja kebahagiaan si Dia dan pasangan, semoga kekal hingga ke akhir hayat.

**dari berbagai sumber

Monday, December 5, 2011

Yash punye Jiwa

video

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

* di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta

** ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

di nantiku

repeat **

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup